Seperti lelaki normal, aku bangun dari tidur dan mempersiapkan diri untuk menempuh arus dunia yang semakin mencabar.
Berbual dengan diri sendiri, khayal. Terlalu banyak yang bermain di benak pemikiran. Terlintas sesuatu, "Oh Tuhan, lindungi semua orang yang aku peduli, kerana aku takkan mampu menjaga semuanya sekali, kasih dan sayang aku terhadap mereka adalah kuat, namun kasih terhadap Pencipta adalah infinity."
Lemah dibuai arus dunia, kian hanyut meniti usia muda, muda bukan selamanya, akan ada hari kita menjelang senja. Aku sedar dan aku tahu, tapi tiada daya. Hanya Engkau tahu siapa aku, dan apa yang berada jauh di hujung penjuru hati. That's why God is Great, right?
p/s : Lama tak update blog, mungkin hati aku kosong, tapi aku cuba untuk mengisi.