Ini bukan blog milik kerajaan ... tak payah lah nak serius sangat ...

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru

Harini .... malam tahun baru yang berlalu dengan mudah ... planning nak celebrate dengan mas annuarul imran .. lepak umah dia... tertido pulak... amik kau... malam 9.30 malam baru bangun.. bangun-bangun je pergi celebrate new year ... kami menyambut dengan penuh kesyahduan dan penuh dengan nilai-nilai persahabatan...

tepat jam 12.00 tengah malam... "HAPPY NEW YEAR!!!" .... sambutan kami diiringi dengan lagu "Lucky" ...
 memang terasa nak maki je ... tak kena langsung lagu dengan keadaan ... kami redha...

setelah selamat menyambut... memulakan pula aktiviti yang kami panggil ... "Awek Hunting" ...

bersepah awek keluar masa malam new year ni... macam-macam style... macam-macam ragam...
termasuk ragam mamak dan nyonya di kedai mamak bestari yang berjaya menakutkan sahabat aku...

sedang asyik dan khayal medengar hilai tawa gadis yang ada di sekeliling kami... terlihat sejenis makhluk yang bertindik macam orang tak ada tuhan ... telinga... kening.. pipi... dagu.... adoi...

tu kalau kena sepuk guna bantal pun rasa macam nak terbalik dunia... lebih-lebih lagi bila ada benang tersangkut kat tindik tu kan.... dia pun minum air mesti tak pernah puas... asyik keluar kat pipi je... perrgghh... dia memang hebat !! ... aku rasa dia makan aiskrim jagung untuk bantu hilangkan rasa sakit...
(apasal aiskrim jagung la siot)

perjalanan diteruskan ke the curve .. kelihatan beberapa pemandu teksi yang minta untuk dimaki... tu kalau aku sepuk dahi dia... memang dia sentap punya dengan aku... gampang... bawa kereta macam tahi... bak kata salah seorang sahabatku yang berasal dari kelantan...

patut la abang aku cakap... malam new year lagi senang nak jumpa ayam dan lembu daripada binatang lain ...
jarang kita jumpa orang sambut new year dengan minum air yassin dan makan kurma di masjid kan??

Wednesday, December 29, 2010

bola

bila cerita pasal final malaysia vs indonesia ... aku rasa macam aku ada kat dalam filem star wars ... dan aku adalah salah satu watak dalam cerita tu manakala sahabat aku terdiri daripada obi wan kenobi... master yoda... dan termasuk juga robot yang menyerupai mesin basuh ... mana tak nya... tengok berita ke... baca surat khabar ke...mesti semua orang citer pasal laser tembak kat mata la... apa la...

pada aku kalau setakat laser beli kat pasar malam.. tak ada maknanya nak silau.... kalau suluh kat kambing pun kambing senyum je..

tapi akhirnya sang harimau berjaya mengalahkan garuda... aku bangga jadi rakyat malaysia...

apa yang lebih menyeronokkan aku sampai ke tahap kecederaan dalaman adalah ... dengar khabar kita public holiday ... so public holiday dua hari termasuk new year... hahahaha

jadi ... sebagai rakyat malaysia yang berkualiti... mungkin aku akan tido pakai baju melayu dan bersampin songket malam ni.... jangan lupa untuk pakai stokin kerana sekarang ni musim sejuk... bangun pagi syahdu je rasa... kalau tak percaya korang boleh try ... macam celaka dia punya best ....

Monday, December 27, 2010

ketibaan..

hari ni aku pergi beli tikus untuk makanan Tera dan Giga di kedai haiwan di Ampang ...
tak ada niat nak beli benda lain ..
sehingga aku terlihat seekor ular lidi yang sangat comel ..

aku tewas ...

tewas dengan ilmu pelaris bomoh yang diupah oleh tauke kedai tu ...

mata berkaca ... air mata bergenang menahan sebak apabila pulang mengenangkan wang yang telah keluar... mengalir seperti air sungai...

aku bawa ular itu pulang ke rumah ... aku digigit...

gampang... aku rasa macam nak sentap keluar tulang belakang dia ...

tapi mengenangkan tu duit aku... aku simpan niat...

ular aku dapat bapak angkat baru... ebal... ayap...

opie pula sebagai designer...

aku hanya CEO...

apa yang aku merepek..

sudah lah !!

pergi baca blog lain !!

= sekian ....................

Thursday, December 23, 2010

petang sebelum krismas...

sehari sebelum krismas ...

aku melangkah ke ruang tamu untuk menonton televisyen.. gampang... remote tv hilang...

berkaca dan bergenang air mata aku menahan sebak sebab tak dapat tengok tv...

aku melangkah ke pintu hadapan rumah untuk menikmati petang sehari sebelum krismas... sejuk.... dingin... selesa....

kelihatan 2 ekor kucing bergaduh berebut hadiah pemberian santa claus....

dan kelihatan juga santa claus sedang sibuk mencuci kereta proton persona miliknya... dan rusa salji sedang khusyuk menunggang motorsikal honda wave...

oh tidak...

rupanya orang yang selama ini aku sangka santa claus ialah pak cik mat fendi ... jiran selang beberapa buah rumah dari rumahku... dia buat aku keliru kerana bentuk badannya hampir sama dengan santa claus...

dan makhluk yang aku sangkakan rusa salji adalah sollehudin anak mak cik shima yang berniaga roti canai tidak jauh dari rumahku...

aku kecewa....

aku melangkah ke dalam bilik semula dan menggantung stokin seperti biasa... sebab stokin tu baru lepas basuh....

"untunglah kalau ada hadiah dalam stokin ni besok." bisikku sendirian...

aku keseorangan dalam bilik... ditemani lagu Fransesca Peter dan Zaiton Sameon...kadang-kadang Ibnor Reza... ditemani selimut tebal... laptop... dan speaker....

petang sebelum krismas...

kepada sahabat yang menyambut krismas... "merry christmas and happy new year"...

balik kampung..

Ayah aku ajak aku balik kampung...

aku sedang memikirkan jawapan...

kebiasaanya bila tiba di kampung... aku akan disoal dengan pelbagai persoalan... kadang-kadang.... balik kampung buat aku perasan yang aku ni Farid Kamil atau Zaiton Sameon...

contoh soalan..

"bilo kau sampai??"


"balik ngan sapo??"


"umo kau beghapo sekaghang?"


"dah kawen ko kau sekaghang??"


"bini kau mano??"


"oghang ghumah kau oghang mano??"


"ni kau balik kojap ko balik lamo nih??"


"kucing kau la yang namo Iskandar tu kan??"


***

Trauma....



balik kampung memang best... dan aku takkan pernah jemu menjawab soalan... sebab... "den sayang kampung den..."

Perjalanan

Hari ini aku merantau ke negeri Pahang.. untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah... maklum la... nak jumpa doktor pakar ni memang kena tunggu lama.... sebening subuh lagi aku dah bertolak dari Melaka untuk mengelakkan kelewatan... temujanji aku dengan beliau pukul 10pagi..

tepat jam 9.50pagi aku tiba di perkarangan hospital.. kena ambil nombor la pulak... 2238... angka giliran aku... no sekarang 2175... gulpp... aku menelan air liur sambil menggeleng kepala... sentap la aku menunggu giliran ni...

disebabkan terlampau lama menunggu... aku membuat keputusan untuk mecari lokasi yang sesuai untuk tidur sambil berehat menunggu giliran... ahha !! jumpa pun... ada satu sofa betul-betul dekat bucu pintu masuk.. aku pun duduk dalam posisi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu... akhirnya misi berjaya... tidur ni bukan susah sangat.. dulu masa sekolah dah biasa buat.. 'cover' baik punya...

tepat jam 12.00 tengahari... nombor sekarang 2205... ha........ dah tak lama dah tu... aku pun dengan muka penuh yakin melangkah ke kafeteria... nak pekena nescafe segelas... baru la pemikiran stabil.. hahaha..

***

akhirnya tiba giliran aku... melangkah dengan penuh yakin dan mata redup ustaz memandang gadis-gadis dan membalas senyuman mereka yang ada lalu-lalang di situ... tiba-tiba ada seorang brader ni muka ganas... dengan jeans... topi... gerun aku dengan dia... tapi dia berjaya membuat aku ketawa kecil kerana dia pakai baju yang ada gambar dan nama Britney Spears.... gampang... "ada lagi manusia macam ni" ... bisikku...

Setelah selesai semua urusan... aku pun memulakan satu lagi perjalanan pulang ke Melaka... perjalanan pulang pun kalau nak cerita kat sini... mati la aku menaip... hahaha...

Wednesday, December 22, 2010

Aku.. kereta ... dan mat rempit...

Kejadian ni berlaku beberapa bulan yang lepas ... ketika itu aku sedang memandu kereta untuk menuju ke tol ayer keroh dengan niat ingin menjemput sahabatku yang datang dari jauh..

dalam perjalanan ke sana ... macam biasalah .. kena tempuh lampu tiga warna atau lebih dikenali sebagai traffic light ... di hadapan kereta aku ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang brader yang berukuran anggaran 5 kaki 5 inchi... kelakar pulak bila aku tengok gelagat dia ... press minyak kuat-kuat... lepas tu tengok ekzos... 60 saat lampu merah tu dihabiskan dengan aktiviti berkenaan..

"alah.. bapak dia tauke shell agaknya..." bisikku sendirian...

bila lampu dah warna hijau.. fuhh.. dia punya motor sikit punya laju lagi... meninggalkan aku jauh di belakang...aku pun buat macam biasa je la... menyambung perjalanan menuju ke tol ayer keroh...

tak sampai 5 minit jarak masa aku dari traffic light tadi...sedang aku khayal mendengar lagu Zaiton Sameon yang bertajuk menaruh harapan...  aku terlihat ada seorang penunggang motorsikal terbabas di bahu jalan... kelam kabut aku berhenti dengan niat hendak menolong... aku pun turun daripada kereta dengan riak wajah yang suci dan murni...

"eh... ni mamat tadi ni..." bisikku..

"lah bro... jatuh ke bro....ni ok tak ni... nak pergi hospital tak??" ... aku bertanya sambil menghulurkan bantuan...

"tak ada apa-apa... sikit je ni.." balasnya...

"tu la bro... saya perhati je bro tadi... JPJ kan dah pesan.. bawak motor tengok depan... bukan tengok ekzos... kalau nak tengok ekzos.. ambil ekzos tu.. pindahkan kat depan... kurang sikit bahaya..." ... kataku sambil tersenyum tanda perli berserta senyuman sinis...

"ni betul ok ni? kalau bro ok je.. saya gerak dulu la.. ada kerja sikit.. Assalamualaikum !! " aku beredar sambil mengeluarkan senyuman yang paling berbisa... tanda kepuasan...

"waalaikumsalam.........babi......malu aku......" jawabnya halus dan sayup-sayup kedengaran...

aku pun meneruskan perjalanan sambil mendengar lagu Francesca Peter... sekadar di pinggiran... senyum dan ketawa berseorangan sehingga dipandang pelik oleh pak cik kereta sebelah...

p/s : cerita ni aku teringat balik... sebab tu aku teragak nak tulis kat blog ni... hahahaha....agaknya apa lah nasib brader tu.. adakah dia masih lagi dengan tabiat yang sama? atau dia dah pindahkan ekzos motor dia kat depan? entah lah......................

Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti...

hari sabtu ni nak balik KL.. jadi hari ini kita akan mengimbas kembali aktiviti yang menjana pemikiran yang telah aku lakukan sepanjang percutian...

aktiviti utama sepanjang percutian adalah pembedahan... aktiviti ini menjana pemikiran kerana melatih kita menahan rasa sakit terutamanya selepas pembedahan... rasa sakit tu hampir menyebabkan aku menggigit tengkuk doktor tapi berjaya dihalang oleh perasaan belas kasihan..

aktiviti seterusnya adalah berehat.. tido bila rasa ngantuk dan sakit... ini boleh mengurangkan kadar pengambilan ubat tahan sakit.. jimat...

bila luka pembedahan dah mulai sembuh.. aku memperkenalkan budaya melepak di kedai kelantan... lepak sambil minum teh tarik dan menonton awek yang ada disitu tanpa henti selama 2 atau 3 jam... sangat menyeronokkan terutamanya apabila ditemani sahabat baik...

selain itu aku juga menghabiskan masa bermain DOTA bersama kawan dan juga adik... ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim walaupun kami kadangkala mencarut bersama apabila kalah..

apabila keadaan semakin bosan... aku akan mengajak sahabat baik untuk sama-sama menonton wayang... seronok berkawan dengan mereka yang bekerja di GSC ... dapat tiket wayang dan popcorn percuma... aktiviti ini boleh mengurangkan stress dan merangsang daya penglihatan...

satu lagi aktiviti yang dapat mengurangkan stress dan dapat menambah keimanan adalah melepak di dataran MBMB... melepak sambil mengorat gadis dan menonton aksi mat rempit sambil mengenangkan nasib mereka apabila mati nanti....

apabila lapar... aku akan melepak di McDonald ayer keroh... aggaran jam 3 petang hingga 7 petang... kerana pada waktu itu burger free menanti... untung ada kawan kerja McD ni...

kenangan di Melaka yang sukar dilupakan... apa agaknya aktiviti di KL nanti??

Monday, December 20, 2010

hari ini

Harini bangun tido lambat... pergi hospital lambat... semuanya lambat... ni semua gara-gara terpengaruh dengan bisikan syaitan .. dan jugak cerita wishmaster 4 yang aku download semalam.. layan sampai ke pagi... ni la padah...

sampai je hospital... jururawat buat muka kuda sebab aku lambat ...ye la... aku tau aku salah...aku dah mintak maaf pun dia tetap buat reaksi muka yang sama... oh.. baru aku perasan.... muka dia memang muka kuda daripada dulu lagi... muka tak ada perasaan... tak apa... aku maafkan dia harini...

sebagai tanda protes... selepas aku tandatangan kehadiran... aku campak pen dia dalam tong sampah... sebagai tanda aku protes terhadap muka dia dan sebagai tanda dakwat pen dia dah habis... pergi beli baru la... pen pun tahun 1992 punya...

lepas habis cuci luka... aku ucapkan terima kasih pada jururawat masyarakat yang bertugas... disebabkan dia membalas dengan ucapan "sama-sama"... aku hadiahkan dia senyuman manis tanda keikhlasan..

"asyik senyum je.. nombor telefon tak nak bagi ke??" ... bisikku sendirian...

***

pulang ke rumah..

oh tidak... aku tewas lagi... hebat betul pawang yang guna-guna rumah aku ni.... aku rasa mengantuk... nak sambung tido... harap-harap laungan azan maghrib dapat selamatkan aku daripada ujian ni semua nanti....

Sunday, December 19, 2010

Moral

Pagi-pagi lagi aku rasa dah bersemangat... walaupun daripada dulu memang dah semangat dah...

malam tadi aku tido... aku mimpi adik aku aishah jatuh tangga.... tapi masalahnya... dalam mimpi tu... dia yang jatuh tangga tapi kenapa kaki aku yang sakit bila bangun tido?? oh terlupa pulak semalam aku ada jatuh.. tapi bukan dalam mimpi..... hampeh....

macam biasa la.. bangun tido je.. kena makan ubat antibiotik.... tapi kan.....
jatuh jugak moral bila tengok ubat antibiotik besar macam kumbang badak... gampang..

aku harap adik aku aishah tak betul-betul jatuh tangga... sebab kalau dia jatuh tangga.. apa la yang tinggal kat badan dia... dia dah la kecik... kurus...

tapi kan... kalau adik kurus.... kecik... abang???...... hmm... jatuh jugak moral kalau fikir banyak kali.......

Baju sekolah...

Harini aku dah jadi pegawai JKR untuk bapak aku... tetapkan jalan mana dia nak lalu untuk menuju kedai BEE LOON... kedai yang ada jual perkakas sekolah... sebab adik aku nak beli perkakas sekolah dia...

nak beli perkakas sekolah pun perlukan perancangan yang teliti... ataupun sebenarnya bapak aku dah tak ingat jalan nak pegi situ... layan je la...

selepas 5 minit mereka bertolak.......

handphone berbunyi.....

"jalan apa yang kau suruh ayah lalu ni... ni bukan jual baju sekolah... ni kedai jual alat-alat cina sembahyang...kau biar betul.."

"dia dah tukar alamat lain kot..." balasku...

"takpe la...ayah tau ada kedai lain.. kat kampung jawa.."

"tapi ayah..."  belum sempat nak habiskan ayat....

tuttttt...tutttt... talian tamat...

"kat situ bukan kedai jual cenderamata dengan baju kebaya je ke?" bisik hatiku...




tak sampai setengah jam...


handphone berbunyi lagi...


"kedai ni pun dah tukar alamat la..." katanya...

"dah agak dah..."...

Saturday, December 18, 2010

Jururawat comel

Hari ini aku pergi cuci luka jahitan awal sikit sebab malas nak beratur panjang... sesudah subuh aku dah bergerak menuju ke hospital...

sampai je kat hospital... aku lah orang pertama... wahhh.... beruntung.... aku pun melangkah masuk ke dressing room dengan penuh yakin seolah-olah yang aku ni Jalaludin Hassan dalam rancangan Who Want To Be a Millionaire....

masuk je dressing room aku terlihat seorang jururawat masyarakat yang sangat comel.. kulit putih gebu... orangnya kecik je... wahh.. berdegup kencang jantung aku...... aku pun memandang dia dengan senyuman ikhlas sambil merenung mata dia dengan tenang.....

sambil dia mencuci luka jahitan tu... aku pun mengajukan la soalan....

"dah kahwin ke belum?" soalku...

"dah... suami ada tunggu kat luar.."balasnya..

"ok.. fine !!" ..terpacul ayat bodoh ni keluar daripada mulut aku.. ni semua gara-gara tersampuk dengan perangai member aku haikal.... malunya aku dengan dia... rasa macam celaka...

"tak adalah... saya gurau je... belum kahwinlah.." katanya dengan tiba-tiba setelah puas ketawa kecil melihat aku...

haaaahhh... ini la masanya yang aku tunggu.... ada peluang nak dapat no handphone ni....

tiba-tiba handphone aku berbunyi... lagu secrets nyanyian one republic...

mak aku sms rupanya..
"kau da poei cuci kaki kau lom?"

"dah mak... ni tongah cuci la ni ha... ado nurse cantik mak... suko den nengok dio.."

"dah... mak nak tanyo pasal kaki kau yo.. tak nak tau pasal nurse tu do.."

"ok mak..."


setelah aku membalas sms terakhir daripada mak aku... aku pegang je handphone sambil merenung dia.... dengan harapan nak dapat no handphone dia la....ternyata renungan aku tu menarik perhatian dia...

"kenapa pandang macam tu?" soalnya..


"tak ada apa-apa.... cuma.... awak tak ada apa-apa nak cakap kat saya ke? pasal nombor ke..... pasal handphone ke...." jawabku sambil membuat muka manis dan tenang...





"oh.... ada.... handphone tu tolong silent ye... ni hospital..." katanya....




"babi !! ....." aku berbisik dalam hati.....

ayat tak cukup power da.....

jual ubat ke bagi ceramah??

pagi-pagi lagi rumah aku dah ada orang bagi salam... nak kata posmen.. pagi lagi... mustahil....

dengan muka ala-ala seorang ustaz dan pandangan mata yang tenang aku buka pintu... ternyata datang seorang budak kolej yang nak jual produk kesihatan ...

dengan air muka yang suci... aku tanya.."jual apa ni dik?"
"produk kesihatan bang.. abang tengok la dulu.. mana tau ada yang berkenan..."
disebabkan tak ada benda lain nak buat... aku pun layan je la..

dengan muka selamba dia pun melangkah masuk... tanpa berlengah dia pun buka la briefcase yang ala-ala james bond tu kat depan aku... macam-macam ubat ada... untuk darah tinggi... menaikkan darah... dan sebagainya...

aku tak kisah kalau dia setakat nak jual ubat.. yang buat aku naik darah di pagi hari adalah apabila dia bercakap tak berhenti... "tak kejang ke paru-paru dia ni?"... bisik hatiku..

lagi satu tabiat buruk dia adalah tanya aku terlampau banyak soalan... aku belum sempat jawab.. dia dah tanya soalan lain... lepas tu tak habis-habis puji aku tinggi melangit.. kacak la... apa la... tu semua aku tau... tak payah cakap pun tak apa...

oleh kerana aku dah tak tahan... aku pulak tanya dia soalan...

"ubat sejukkan hati yang tengah panas ada?" sambil tu aku setting mata paling tajam ........ dan senyuman paling bermakna....................


"jiran sebelah ada rumah tak bang? saya pergi rumah orang sebelah dulu la...." katanya...



***
pengajaran : kalau kail panjang senjengkal.. lautan dalam jangan diduga...

apa nak jadi la...

apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ...
kecik-kecik da pandai cerita pasal politik sana.. politik sini... khatan pun belum kering.. SPM pun tak habis lagi.. apatah lagi STPM...
da pandai nak benci orang sana.. benci orang sini...


ni la padah dia kalau kecik-kecik patutnya hantar pergi kelas mengaji.. tapi pergi dengar ceramah politik..
tak tahu pokok pangkal nak masuk campur...
aku yang dah cukup umur ni pun tak de la sampai macam tu sekali..


memang la islam kata politik tu wajib... tapi dengan paras umur kau yang suam-suam kuku tu... belum tiba masanya... pergi tolong mak lagi bagus.. pahala bersusun... masa muda la nak kejar pahala...


kang kalau aku cakap masing-masing berlagak pandai macam astro kang payah.. konon ada fakta.. tapi macam astro.. ulang cerita sama hari-hari... bosan la dik..

p/s : kepada yang terasa... maaf dipinta...^^

Haus

Harini cuaca cerah ... dah pasti la tekak pun haus ... harini nak tengok TV pun rasa macam berlari 100 meter... bahang dia macam suku-suku bahang api neraka...

aku pun buka peti ais dengan harapan ada la air sejuk sebotol dua untuk menyejukkan tekak..
harapan tinggi sebab ayah aku suka beli air simpan kat dalam peti ais.. macam air soya ke.. air tebu ke.. air minuman ringan tu jarang la...

bila aku buka je peti ais terlihatlah sebotol air yang berwarna seakan-akan air tebu.. aku tersenyum keseorangan..
tanpa berlengah.. terus aku capai dan aku teguk air tu... menderu-deru air tu mengalir masuk dalam perut...
fuhh... dia punya lega.... rasa nyaman je macam kat syurga...

kemudian aku terdiam.. "bukan air tebu ni.." bisik hatiku..

"ayah...air apa dalam peti sejuk tu?".. soalku..
"jangan minum... tu untuk orang perempuan je... ibu kau punya air herba tu..".. ayahku menjawab dengan reaksi muka selamba dan mata redup ustaznya...

oh tidak....... aku trauma...

Friday, December 17, 2010

Hospital Melaka

Harini tak ada apa yang pelik... aku bangun pagi dalam keadaan tidak rela... kemudian kena telan ubat antibiotik yang besar macam kumbang badak... ni kena patahkan dulu ubat ni.. kalau tak boleh kena penyakit kerongkong berlubang..

Perjalanan aku ke hospital untuk mencuci luka jahitan aku pun macam biasa cuma kali ni klinik pesakit luar kena masuk pintu belakang sebab alasan pintu depan kunci dan kuncinya hilang... mula-mula aku percaya.. bila aku dah duduk dan menunggu giliran barulah aku sedar betapa bangangnya alasan tu... takkan klinik kerajaan yang besar ada 1 kunci je??? cuba menteri kesihatan jawab soalan aku sikit.. kita tengok apa jadi...

masa tengah tunggu giliran... macam-macam orang aku jumpa.. ada yang sakit perut... sakit otak... sakit pundi kencing... tapi yang uniknya sebab aku duduk sebelah seorang pak cik yang bermuka kuda... nak tau pasal apa? penat aku bagi salam dan senyum.. dia buat muka kuda je pandang aku.... aku sakit hati dan trauma.. tapi aku sabar...

"eh, pak cik ni.. kalau aku sepuk dahi dia memang keluar urat.." bisik hati aku...

tapi nak buat macam mana memang dah tabiat sesetengah orang melayu... kalau tak nak senyum pun jawab la salam orang...

p/s : tiga benda yang menjadi masalah dan pencetus kemarahan aku harini.. pertama... antibiotik.. kedua... staff  klinik yang hilangkan kunci... dan ketiga.. pak cik yang bermuka kuda...

Satu lagi lawak yang aku baca..

Lawak ni buat aku tersedak masa tengah telan panadol... bila tersedak panadol... dia punya rasa..... macam nak hempas KLCC atas kepala...

***


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja.

Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini! ". Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya nak ikut awak keluar dari rumah ini!".

= ada ke patut .. rumah yang disalahkan... 




p/s : Suami dia tu kena banyak amalkan minum air yassin dengan makan kelip2 untuk penerang hati ... bengap macam RAM komputer saiz 512MB...

Nak salahkan siapa ni??

Harini aku ada terbaca satu cerita kelakar yang lawak dia boleh tahan jugak la gampang dia... jadi aku nak kongsi dengan korang..

ALKISAH SEORANG ANAK YANG BAIK.

Pada suatu pagi ... dalam kelas budak darjah satu, bertanyalah seorang ustaz kepada anak-anak muridnya..

"siapa nak ke syurga??"

maka semua anak muridnya mengangkat tangan kecuali seorang murid yang bernama Ali..
Lalu ustaz tu pun bertanya lagi...

"siapa nak ke neraka??"

tak ada seorang pun yang angkat tangan termasuk la Ali..

Ustaz yang dalam keadaan bingung dan agak mamai itu bertanya kepada Ali...
"kamu kenapa tak angkat tangan?? kamu ni nak ke syurga ke neraka??"

lantas dengan penuh yakin dan penuh iman di dada Ali menjawab... "saya tak nak pergi mana-mana sebab ayah saya pesan datang sini belajar... jangan pergi mana-mana.. tunggu sampai dia jemput"

perrghh... kalau aku jadi ustaz tu confirm aku termenung untuk beberapa minit... hahha... lumrah jadi cikgu... kena hadapi pelbagai situasi... jadi "SAYANGILAH GURU ANDA"..

p/s : dulu masa sekolah menengah aku sayang cikgu salwa sebab dia paling cun... :)

Ikan keli bapak aku hilang...

Seperti mana orang tua lain... bapak aku juga mempunya hobi.. hobi bapak aku ialah membela dan menternak ikan keli... kalau korang tanya kenapa hobi bapak aku macam tu... aku akan jawab tak tahu sebab tu bukan hobi aku...

di suatu pagi yang agak sejuk cuma tak ada salji.... bapak aku mengadu bahawa ikan kelinya banyak yang dah kena curi... siap ada jiran yang mengadu pulak tu... dia kata dia nampak pencuri ikan bapak aku tu...

dalam hati aku yang suci dan bersih ni berkata "ada ke orang nak curi ikan keli??? anak lagi kot... nak makan pun alang kepalang je.."

tapi aku perhatikan hari demi hari kes kecurian ni semakin menjadi-jadi.... aku rasa sebagai anak yang soleh... aku kena ambil tindakan yang wajar ni...

pencuri ni kalau aku dapat.. memang aku lempang pipi dia sampai bernanah....lepas tu aku bagi dia minum air yassin banyak-banyak.. pergi la curi ikan keli kat tempat lain .. nak juga curi ikan keli bapak aku... curi anak ikan pulak tu... mesti otak dia lembab macam astro masa hujan.....

Sayangku yang hilang akhirnya ditemui...

suatu petang aku dikejutkan oleh adik aku dengan soalan yang memecah keheningan petang...

"bang, ular abang yang lagi satu mana?"
"ular yang mana?" aku bertanya..
"ala .. ular yang dalam akuarium tutup pink tu..."

aku tergamam seketika.... adakah dia telah pergi meninggalkan aku setelah selama ni aku menghabiskan masa bersamanya...

perkara yang bermain di mindaku hanyalah "tergamak kau tinggalkan aku gara2 aku terlupa menutup akuarium kau... setelah aku membesarkan kau dari kau kecil??? tak pe la... asalkan kau pandai membawa diri di tempat orang... kalau jumpa manusia jangan lupa lari.. kalau tak mampus kau kena hentak...bukan semua orang suka ular..."

setelah tiga hari dia meninggalkan aku tanpa berita....  akhirnya kedatangan anak pak cik jeffri selang 2 rumah dari rumah aku menggegar pintu rumahku... aku pun dengan muka suci dan mata redup seorang ustaz ... membuka pintu...

"saya rasa saya nampak ular abang tengah lintas jalan..." katanya...
dengan cergas aku mengarahkan adikku supaya pergi tengok betul ke tu ular aku...

ternyata benar... itulah beliau... dengan cergas bawak balik rumah dan mencampakkan beliau ke ruangan lama beliau...fuhhh... lega jiwa batin aku....

ular ni pun satu.. merayau je tau... pantang terlupa nak tutup bekas... hilang...... kalau aku sentap ekor kau sampai keluar urat baru kau tau...

hmmm...

Kenangan di Bulan Ramadhan Tahun 2010

Ramadhan tahun ni memang aku rasa nikmat puasa..
dengan cuaca panas seolah-olah aku berada di Gurun Sahara..

Adik aku pulak sempena bulan puasa ni dia nak cari duit lebih bekerja dekat kedai yang menjual nasi tomato dan ayam madu.. dia kata nasi yang dia jual tu sedap sangat.. jadi sebagai abang yang baik.. aku pun order la nasi tomato dan ayam madu tu demi menyokong pekerjaan adik aku yang suci dan halal tu...

Bila sampai je waktu berbuka aku pun bersiap la nak makan.. tengok warna nasi tomato dengan ayam madu tu memang la nampak sedap... aku pun memulakanlah proses berbuka puasa.. tiba2 aku terhenti...

perrggghhh..... memang betul kata adik aku... sedap....

nasi dia rasa garam bukit...... ayam rasa arang...rangup pulak tu... macam gampang...

apa yang ada dalam fikiran aku waktu tu cuma keinginan untuk memaki dan mencekik adik aku..
nasib baik bulan puasa....

sabar jela ...