Ini bukan blog milik kerajaan ... tak payah lah nak serius sangat ...

Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti...

hari sabtu ni nak balik KL.. jadi hari ini kita akan mengimbas kembali aktiviti yang menjana pemikiran yang telah aku lakukan sepanjang percutian...

aktiviti utama sepanjang percutian adalah pembedahan... aktiviti ini menjana pemikiran kerana melatih kita menahan rasa sakit terutamanya selepas pembedahan... rasa sakit tu hampir menyebabkan aku menggigit tengkuk doktor tapi berjaya dihalang oleh perasaan belas kasihan..

aktiviti seterusnya adalah berehat.. tido bila rasa ngantuk dan sakit... ini boleh mengurangkan kadar pengambilan ubat tahan sakit.. jimat...

bila luka pembedahan dah mulai sembuh.. aku memperkenalkan budaya melepak di kedai kelantan... lepak sambil minum teh tarik dan menonton awek yang ada disitu tanpa henti selama 2 atau 3 jam... sangat menyeronokkan terutamanya apabila ditemani sahabat baik...

selain itu aku juga menghabiskan masa bermain DOTA bersama kawan dan juga adik... ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim walaupun kami kadangkala mencarut bersama apabila kalah..

apabila keadaan semakin bosan... aku akan mengajak sahabat baik untuk sama-sama menonton wayang... seronok berkawan dengan mereka yang bekerja di GSC ... dapat tiket wayang dan popcorn percuma... aktiviti ini boleh mengurangkan stress dan merangsang daya penglihatan...

satu lagi aktiviti yang dapat mengurangkan stress dan dapat menambah keimanan adalah melepak di dataran MBMB... melepak sambil mengorat gadis dan menonton aksi mat rempit sambil mengenangkan nasib mereka apabila mati nanti....

apabila lapar... aku akan melepak di McDonald ayer keroh... aggaran jam 3 petang hingga 7 petang... kerana pada waktu itu burger free menanti... untung ada kawan kerja McD ni...

kenangan di Melaka yang sukar dilupakan... apa agaknya aktiviti di KL nanti??

No comments:

Post a Comment