pagi-pagi lagi rumah aku dah ada orang bagi salam... nak kata posmen.. pagi lagi... mustahil....
dengan muka ala-ala seorang ustaz dan pandangan mata yang tenang aku buka pintu... ternyata datang seorang budak kolej yang nak jual produk kesihatan ...
dengan air muka yang suci... aku tanya.."jual apa ni dik?"
"produk kesihatan bang.. abang tengok la dulu.. mana tau ada yang berkenan..."
disebabkan tak ada benda lain nak buat... aku pun layan je la..
dengan muka selamba dia pun melangkah masuk... tanpa berlengah dia pun buka la briefcase yang ala-ala james bond tu kat depan aku... macam-macam ubat ada... untuk darah tinggi... menaikkan darah... dan sebagainya...
aku tak kisah kalau dia setakat nak jual ubat.. yang buat aku naik darah di pagi hari adalah apabila dia bercakap tak berhenti... "tak kejang ke paru-paru dia ni?"... bisik hatiku..
lagi satu tabiat buruk dia adalah tanya aku terlampau banyak soalan... aku belum sempat jawab.. dia dah tanya soalan lain... lepas tu tak habis-habis puji aku tinggi melangit.. kacak la... apa la... tu semua aku tau... tak payah cakap pun tak apa...
oleh kerana aku dah tak tahan... aku pulak tanya dia soalan...
"ubat sejukkan hati yang tengah panas ada?" sambil tu aku setting mata paling tajam ........ dan senyuman paling bermakna....................
"jiran sebelah ada rumah tak bang? saya pergi rumah orang sebelah dulu la...." katanya...
***
pengajaran : kalau kail panjang senjengkal.. lautan dalam jangan diduga...
No comments:
Post a Comment