Ini bukan blog milik kerajaan ... tak payah lah nak serius sangat ...

Friday, December 17, 2010

Nak salahkan siapa ni??

Harini aku ada terbaca satu cerita kelakar yang lawak dia boleh tahan jugak la gampang dia... jadi aku nak kongsi dengan korang..

ALKISAH SEORANG ANAK YANG BAIK.

Pada suatu pagi ... dalam kelas budak darjah satu, bertanyalah seorang ustaz kepada anak-anak muridnya..

"siapa nak ke syurga??"

maka semua anak muridnya mengangkat tangan kecuali seorang murid yang bernama Ali..
Lalu ustaz tu pun bertanya lagi...

"siapa nak ke neraka??"

tak ada seorang pun yang angkat tangan termasuk la Ali..

Ustaz yang dalam keadaan bingung dan agak mamai itu bertanya kepada Ali...
"kamu kenapa tak angkat tangan?? kamu ni nak ke syurga ke neraka??"

lantas dengan penuh yakin dan penuh iman di dada Ali menjawab... "saya tak nak pergi mana-mana sebab ayah saya pesan datang sini belajar... jangan pergi mana-mana.. tunggu sampai dia jemput"

perrghh... kalau aku jadi ustaz tu confirm aku termenung untuk beberapa minit... hahha... lumrah jadi cikgu... kena hadapi pelbagai situasi... jadi "SAYANGILAH GURU ANDA"..

p/s : dulu masa sekolah menengah aku sayang cikgu salwa sebab dia paling cun... :)

No comments:

Post a Comment