Seperti mana orang tua lain... bapak aku juga mempunya hobi.. hobi bapak aku ialah membela dan menternak ikan keli... kalau korang tanya kenapa hobi bapak aku macam tu... aku akan jawab tak tahu sebab tu bukan hobi aku...
di suatu pagi yang agak sejuk cuma tak ada salji.... bapak aku mengadu bahawa ikan kelinya banyak yang dah kena curi... siap ada jiran yang mengadu pulak tu... dia kata dia nampak pencuri ikan bapak aku tu...
dalam hati aku yang suci dan bersih ni berkata "ada ke orang nak curi ikan keli??? anak lagi kot... nak makan pun alang kepalang je.."
tapi aku perhatikan hari demi hari kes kecurian ni semakin menjadi-jadi.... aku rasa sebagai anak yang soleh... aku kena ambil tindakan yang wajar ni...
pencuri ni kalau aku dapat.. memang aku lempang pipi dia sampai bernanah....lepas tu aku bagi dia minum air yassin banyak-banyak.. pergi la curi ikan keli kat tempat lain .. nak juga curi ikan keli bapak aku... curi anak ikan pulak tu... mesti otak dia lembab macam astro masa hujan.....
No comments:
Post a Comment