Hari ini aku merantau ke negeri Pahang.. untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah... maklum la... nak jumpa doktor pakar ni memang kena tunggu lama.... sebening subuh lagi aku dah bertolak dari Melaka untuk mengelakkan kelewatan... temujanji aku dengan beliau pukul 10pagi..
tepat jam 9.50pagi aku tiba di perkarangan hospital.. kena ambil nombor la pulak... 2238... angka giliran aku... no sekarang 2175... gulpp... aku menelan air liur sambil menggeleng kepala... sentap la aku menunggu giliran ni...
disebabkan terlampau lama menunggu... aku membuat keputusan untuk mecari lokasi yang sesuai untuk tidur sambil berehat menunggu giliran... ahha !! jumpa pun... ada satu sofa betul-betul dekat bucu pintu masuk.. aku pun duduk dalam posisi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu... akhirnya misi berjaya... tidur ni bukan susah sangat.. dulu masa sekolah dah biasa buat.. 'cover' baik punya...
tepat jam 12.00 tengahari... nombor sekarang 2205... ha........ dah tak lama dah tu... aku pun dengan muka penuh yakin melangkah ke kafeteria... nak pekena nescafe segelas... baru la pemikiran stabil.. hahaha..
***
akhirnya tiba giliran aku... melangkah dengan penuh yakin dan mata redup ustaz memandang gadis-gadis dan membalas senyuman mereka yang ada lalu-lalang di situ... tiba-tiba ada seorang brader ni muka ganas... dengan jeans... topi... gerun aku dengan dia... tapi dia berjaya membuat aku ketawa kecil kerana dia pakai baju yang ada gambar dan nama Britney Spears.... gampang... "ada lagi manusia macam ni" ... bisikku...
Setelah selesai semua urusan... aku pun memulakan satu lagi perjalanan pulang ke Melaka... perjalanan pulang pun kalau nak cerita kat sini... mati la aku menaip... hahaha...
No comments:
Post a Comment