Ini bukan blog milik kerajaan ... tak payah lah nak serius sangat ...

Wednesday, January 29, 2014

Tahun Baru Cina dan Amoi

Siang tadi aku makan kat kedai sebab kat rumah tak masak dan harini pulak aku banyak buat kerja luar..

Sampai kat kedai makan feveret aku, meja pulak takde, terpaksalah aku berkongsi meja dengan sorang amoi ni.. lepas ambil nasi, aku terus duduk sambil mulut kumat kamit baca doa makan..

Dengan tidak disangka-sangka, amoi tu menjeling ke arah aku dan terus memegang peha, aku terliur tapi cuba mengawal diri.. amoi tu mula membuka mulut perlahan-lahan.. kelihatan bibir merahnya yang agak gebu... saaapppp!!!! dia terus menggigit peha ayam yang dia pegang tadi...

Aku menyumpah dalam hati. "woii!! ni bila air sirap aku nak sampai ni! kang kalau aku makan dulu takut tercekik pulak!!"

Lepas makan aku bangun dan ucapkan selamat tahun baru cina dekat amoi tu, dan dia balas dengan ucapan "Telima kaseyy"..

Laju

Sudah lama rasanya aku tak update blog, sudah hampir dua tahun dan aku pun sudah hampir lupa password blog aku... tapi berkat makan kismis ketika di sekolah rendah, aku dapat mengingat semula password blog aku ni..

Ok, pendekkan cerita.. sebagai permulaan untuk penulisan blog aku sempena 2014 ni, aku nak kongsikan tentang azam aku sempena tahun ni.

Hassan : "Kau punya azam tahun ni apa? aku azam tahun lepas pun tak tercapai lagi.."

Aku : "Azam aku tahun ni adalah untuk ada azam sebab tahun2 lepas aku takde azam.. 

          homaigod...  dah tercapai!"

 
hassan : "Babi.."

***

Dan sebenarnya aku dah lama tak update sampai bertahun sebab aku busy, aku lebih banyak menghabiskan masa aku bermain fesbuk, twitter dan guess the emoji..

Tuesday, July 10, 2012

Pagi yang saspen

Seperti lelaki normal, aku bangun dari tidur dan mempersiapkan diri untuk menempuh arus dunia yang semakin mencabar.

Berbual dengan diri sendiri, khayal. Terlalu banyak yang bermain di benak pemikiran. Terlintas sesuatu, "Oh Tuhan, lindungi semua orang yang aku peduli, kerana aku takkan mampu menjaga semuanya sekali, kasih dan sayang aku terhadap mereka adalah kuat, namun kasih terhadap Pencipta adalah infinity."

Lemah dibuai arus dunia, kian hanyut meniti usia muda, muda bukan selamanya, akan ada hari kita menjelang senja. Aku sedar dan aku tahu, tapi tiada daya. Hanya Engkau tahu siapa aku, dan apa yang berada jauh di hujung penjuru hati. That's why God is Great, right?



p/s : Lama tak update blog, mungkin hati aku kosong, tapi aku cuba untuk mengisi.

Tuesday, January 3, 2012

Usahawan Muda

Harini boleh dikatakan hari yang agak malang untuk aku... disebabkan itu aku mengambil satu inisiatif bijak untuk menghilangkan panas hati... aku mengambil keputusan untuk lunch bersama sahabat karib aku... Hasif...

Sedang kami elok bergurau senda yang disulami dengan hilai tawa gembira di kedai makan... datang seorang usahawan muda yang disegani ramai.....


"Abang !! .. Saya datang harini kerana syarikat kami ada buat promotion.. biasanya abang beli berus gigi paling murah pun tiga ringgit sebatang.. tapi harini kami bagi harga istimewa.. dua belas batang dengan hanya sepuluh ringgit!!"   -kata usahawan berkenaan dengan nada bakal jutawan muda...


"Maaf, kami tak gosok gigi.."   -balas kami dengan senyuman..

"Mana boleh macam tu bang.."   -katanya..


"Boleh..."   -sambil angguk kepala manja..

Berlalu pergi sepi tanpa kata si usahawan muda itu tadi..

Tak salah kalau nak mencari rezeki.. cuma jangan la terlalu berusaha... macam kau sorang je tau pasal berus gigi... berus gigi ni bukan sekadar untuk memberus gigi... banyak lagi kegunaan lain... 
Penciptaan berus gigi ni menggunakan teknologi kejuruteraan dalaman..... Teknologi ini ditemui pada awalnya di London suatu ketika dahulu..

***



Aku merepek.. korang pun baca.. bagus.... =)

Saturday, December 10, 2011

Lama tak update?

Sibuk korang tanya aku bila nak update blog ye?
Ini kali aku update...Tapi sikit je la...kang kalau banyak-banyak kang orang kata apa pulak...

Minggu depan aku nak balik kampung... Rindu dengan masakan mak... balik berapa lama tu korang tak payah tau la...

Bak kata pepatah "Jinak merpati makan di tangan, jinak manusia kerana Kentaki Fried Ciken.."

Hari-hari makan makanan yang takde rasa kasih sayang... mana boleh tahan..

p/s : Anak burung pun makan bersuap... Inikan pulak anak manusia.. Aku anak mak? memang la.. apsal? korang keluar daripada busut?

Saturday, December 3, 2011

Syahdu @ Kawdoo

Takde apa yang lebih menggembirakan bagi seorang abang selain daripada melihat adiknya membesar dengan sihat dan kuat.. kalau daripada segi fizikal, bekalan vitamin dan zat besi yang mencukupi manakala kalau dari segi rohani, mempunyai jiwa dan hati yang tabah, bersahsiah mulia bak kata cikgu dan mempunyai keazaman yang tinggi.. kalau setakat kawan dengan orang nama azam.. belum tentu dia ada azam..

Selagi masih ada kudrat yang Tuhan beri,
Selagi masih ada akal dan hati,
Selagi itu aku akan masih berdiri,
Menjalankan tanggungjawab sebagai anak,abang, adik,sahabat, dan manusia mithali..

p/s : Jangan cik adik lah sayang ~ Rindukan bulan~ Amboi ~ Seri Langkat ~

Untuk Family tersayang.. Abah, Ayah, Mama,  Abang, Sarah and Kak Akma.. This is my responsibilty.. Terima kasih kerana memberi sokongan.. yeehaaaww!!

p/s : Hidup jangan kedekut kasih sayang.. nanti kelak merana di hari tua :)

Wednesday, November 2, 2011

Baik

Al-kisah salah seorang staff menghidapi penyakit aneh.. 
buang air tidak lawas dan suhu badan meningkat tinggi umpama KLCC...

***

majikan kata.. "takpe.. slow².. buat yang mana mampu.."
aku kata.. "pegi tido dalam stor.. itu je yang kau mampu.."


sambungan.. "bangang.. tau tak MC tu apa guna? rehat kat rumah suda.. sanggup kau datang keje merangkak...kang kalau kau muntah² mintak tolong hantar balik, aku cucuk hidung kau sampai buta.."

***

member punya pasal.. takpe.. layankan aje.. duduk rehat.. harini, keje kau aku tolong buat.. harini je..

Kalau dah elok pun aku jugak kena buat, boleh.... gaji kau, aku punya.. amacam?

p/s : semoga cepat sembuh..

Thursday, October 13, 2011

Minda

Minda cerdas, tubuh sihat.. tapi tak semestinya apabila mata berkaca, hidung bersih, lidah kemerah-merahan menandakan bahawa kita mempunyai minda yang cerdas.. pokok pangkal... hati.. apa kaitan?? (tiba-tiba)

***

Aku mungkin bukan seorang lelaki yang mempunyai minda yang bersih, kerana aku hidup di dunia yang penuh dengan dugaan, bergelar anak perantauan pada usia yang muda mungkin menyebabkan kadang-kala aku terleka dengan arus pemodenan dunia.. tapi setidak-tidaknya aku tahu apa yang perlu aku lakukan.. bukankah itu lebih baik?

Aku bukan sempurna, aku hanya manusia kerdil di bumi Tuhan..

Seroja.. andai ada cebisan cinta untukku, maka sampaikan pesananmu pada angin agar bayu boleh bertiup lembut di telingaku.. apa yang aku lakukan sekarang adalah untuk kita.. Mungkin ada beberapa ketika, perjalanan cinta kita kabur, tapi aku akan cuba menjaga.. atas amanah cintamu padaku dan ku harap kau juga begitu =)

Wednesday, October 12, 2011

Dipatuk sang kapak

Sekalung takziah buat saudari Husni yang telah dipatuk ular.. Beliau telah dirawat 
di Hospital Kulim, Kedah Darul Aman.

Semoga apa yang menimpa beliau menjadi satu pedoman untuk kita semua.


***

Ingin tahu apa yang terjadi pada beliau?


***


Selepas dipatuk.

A : Lubang kesan patukan ular.
B : Gelembung bisa ular.



Selepas 2 kali isi ditoreh, daging kelihatan hitam.


Selepas 2 mingu rawatan.

A : Daging mulai hitam dan mengeras.
B : Isi menjadi kekuningan.
C : Daging berselaput.


Selepas 32 hari rawatan.

A : Lubang semakin mengecil.
B :  Luka semakin tertutup.
C : Tulang masih kelihatan.


***



Ini adalah ular yang telah mematuk saudari Husni.. Malayan Pitviper..


***

Memelihara ular berbisa merupakan satu hobi yang amat berbahaya, ianya memerlukan ilmu dan pengalaman yang secukupnya.

Sekali tersilap langkah boleh mengundang padah.

Dengan ini saya berpesan kepada diri saya sendiri serta semua rakan-rakan Snake handler dan Snake breeder yang lain diluar sana, berhati-hati ketika mengendalikan ular-ular anda =)




Sunday, October 9, 2011

Tereng.. Ganu.. Pa... Hang..




Baru-baru ni, aku dan beberapa orang member aku telah menjelajah ke pantai timur dengan alasan "sambil menyelam, minum air.."

***



Perjalanan dimulakan dengan bismillah..

Ini la hasil MLM yang kami usahakan selama ini  (bapak kau la!! geli aku!!)
*Ini la member-member satu kepala, kaki travel punya!







Aku di Pantai Balok, Pahang.




Singgah makan tengahari di Restoran Aziz Satar (tauke dia bukan pelakon)
Kemaman, Terengganu.







Lepas tu sebagai pencuci mulut, aku balas dengan otak-otak dan satar,
makanan spesial Terengganu.







Aku masa makan tak suka tengok kamera, takut timbul riak pulak nanti.







Isi satar Terengganu, best beb!







Sesungguhnya otak-otak Terengganu tak sama dengan otak-otak KL..
Lain padang, lain mesin rumput..







Sedih meninggalkan Terengganu, nak cabut bawak balik pintu gerbang kang takut kena tahan
roadblock, jadi amek gambar je la..







Pusat Penetasan Penyu di Cherating, Pahang.







Kacak tu tak la, manis ada..







Malu-malu nak main air, belakang kamera korang tak tau aku punya riak!







Sesungguhnya begitu kerdil manusia di bumi Allah :)



***



TERENGGANU DAN PAHANG, DUA NEGERI YANG KAMI JELAJAHI,  KAMI AKAN KEMBALI.. UPLOAD GAMBAR CUKUP SETAKAT INI, KALAU LEBIH-LEBIH NANTI TIMBUL PERASAAN BONGKAK DALAM DIRI.. TAK ELOK..




p/s :  Kami jumpa badak pra-matang masa kat Pahang!!

Thursday, October 6, 2011

Patah

Kadang-kala hati ini rapuh,
Mudah patah apabila kau sentuh,

Mungkin hari ini kau buat aku tersenyum,
Dan aku juga begitu..

Mungkin akan tiba suatu hari aku gagal,
Gagal membuat kau tersenyum..

Tak salah sekiranya aku mencuba,
Walaupun aku tahu hati ini akan luka...

p/s : Hati ni jangan buat main-main.. kalau luka bisa ooiii....

***

Kawan aku pernah berkata... "kau tau kenapa Allah cipta airmata tu masin? Benda masin ni kalau kena luka, pedih...tapi luka akan cepat sembuh... jadi Allah cipta air mata tu masin sebab nak cuci luka kat hati kita... supaya kita boleh teruskan hidup...walaupun hati kita pedih, tapi Allah bersama kita.."

Tuesday, September 27, 2011

Bukan Hari Ibu


Aku pasti akan kembali padamu Ibu
Akan ku kucup dahimu yang suci
Akan ku tumpahkan semua rinduku padamu
Dan ku hirup harum tanganmu
Kubasahi pipiku dengan sejuk embun telapak kakimu
Sudah tak terhitung berapa malam yang kau lewati tanpa tidur
Demi aku agar aku tidur dengan nyenyak
Tak terhitung pula berapa kali kau menahan haus
Demi mengubati rasa hausku dengan kasih sayangmu
Di waktu aku sakit, aku tidak lupa
Air matamu mengalir deras bagai hujan
Dan kedua matamu yang terus-menerus terjaga
Kerana engkau begitu khuatir dengan keadaanku

Waktu itu kata-kata pun tak mampu mengungkapkan
Sakitnya perasaanmu ketika aku tinggalkan kau
Namun aku terpaksa demi mengejar masa depan
Dan kau mengucapkan perkataan
Yang selalu akan ku ingati sepanjang hidupku

"Kau tidak akan pernah menemukan hati yang lebih menyayangimu dari hatiku" 

***

Entry kali ni untuk mama dan semua yang bergelar ibu walaupun aku tau, harini bukan Hari Ibu..
Tapi pada aku, setiap hari adalah Hari Ibu..

"Walaupun sehebat mana cinta sepasang kekasih, hebat lagi cinta seorang ibu pada anaknya.."

p/s : Mama, I LOVE YOU..

Anakmu,
Syafiq Mokhtar

Monday, September 26, 2011

Majikan dan pekerja..

Kisah ni melibatkan Ali (bukan nama sebenar).. Berikut adalah perbualan Ali dan teman-teman se-opis dengannya..

Kawan A  : Gila kentang kau tak pernah kena marah dengan bos! jeles dowh!

Kawan B  : Ilmu apa yang kau pakai ni setan? Sampai kau dapat jadi anak emas bos..

Kawan C  : Hmmmm.. kau ni kaki kipas bontot bos ni...

***

Semua jeles padu punya sebab Ali tak pernah kena marah dengan bos..
Bila bos puji Ali je, ada la yang berbisik masa buat kerja sambil 

formasi mata : ali-pc-ali-pc-ali..

***

Nak tau cerita sebenar?

Hari pertama Ali keje..

Bos  : Saya ni sebenarnya majikan yang tegas.. Saya cukup tak suka kalau staff saya 

          takde disiplin.. faham?

Ali  : Saya paham bos.. Cuma saya nak kena ingatkan bos yang saya ni orang 

        negeri sembilan.. kalau setakat bomoh santau tu selamba je saya boleh dapat nombor 
        tepon..

***

HaHaHa.. tipu je.. dah kau keje sambil mengunyah.. keje sambil mengumpat.. keje sambil menyumpah-nyumpah.. bos mana nak sayang kau?? eiii.. bos yahudi pun belum tentu boleh sabar kau tau!

p/s : bekerja biar sungguh2.. 

Saturday, September 24, 2011

Gurau Senda

Seperti biasa, apabila semua urusan yang melibatkan kerja atau konspirasi dalaman telah selesai, aku akan menghabiskan masa dengan melepak bersama kawan-kawan di kedai mamak yang berada dalam radius 500 meter dari rumah aku, atau dengan bahasa lebih mudah, belakang rumah.

***

Seperti malam-malam yang biasa, topik perbualan yang biasa dan kawan-kawan yang biasa.



Akhirnya perbualan kami yang agak tidak senonoh dan mempunyai sedikit kandungan dosa bertukar kepada sesi menjawab teka-teki.

***

Kawan A  : Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa paling besar?

Aku  : Ikan keli? Siakap? atau mungkin haruan?

Kawan A : Cuba la bagi jawapan yang logik sikit, aku serius ni..

Aku  : Ok.... Jawapan aku ni muktamad tau.. Ikan paus... HaHaHaHa.. 

          (dengan nada yakin betul)

Kawan A  : Salah... Jawapan dia...  Teng... Teng.... Teng... (kasi saspen sikit)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Ikan paus goreng tepung, bila ada salut tepung, dia tebal sikit..

HaHaHaHaHa!! ... Kami ketawa keriangan...


***

Masa nak balik.. aku lari laju-laju, aku smackdown tiang letrik sebagai tanda protes..

Monday, September 19, 2011

tajuk?

Harini aku melangkah ke stesen keretapi senawang untuk naik KTM terus ke KL Sentral..
Jangan tanya berapa harga tiket.. Harga tak penting, yang penting... selesa.. amacam? gaya cakap ada macam pegawai kerajaan tak tuan-tuan?

***

Melangkah masuk dalam KTM, aku diapit oleh dua orang nyonya di kiri dan kanan.. Kelihatan mereka lincah berbual dan bergurau senda dan aku adalah mangsa yang tersepit di tengah-tengah.. "Good job!" .. patutnya kerajaan letak signboard  "Jangan mengganggu penumpang lain" dalam KTM ni..



Tanpa mengganggu perbualan mereka, aku mengenakan headphone kesayanganku yang tergantung di leher.. cucuk kat handphone, tekan play...

Sampai KL aku layan lagu jiwang.. hampir terlajak stesen akibat terlelap.. bala gara-gara tak tidur semalam.. bajet gagah nak melepak sampai pagi..

***

Sampai di KL Sentral, berpusu-pusu penumpang turun.. saat aku berada dalam keadaan mamai untuk turun di stesen tersebut...... KUNG!!!!!!! bunyi kuat kedengaran... ada sorang mamat negro terhantuk besi pemegang dalam tren KTM..

Mata aku segar.. berjalan laju menuju ke dalam lift... aku ketawa sorang-sorang dalam lift macam orang gila... kejam?



p/s : entry ni aku tak tau nak letak tajuk apa..

Wednesday, September 14, 2011

Pagi yang ceria

Malam tadi akibat tahap mengantuk dah mencapai tahap dewa..sampai ke tahap aku tak boleh beza antara pagar rumah dengan tong sampah... tak ke dewa tu, tuan-tuan?


Aku mengambil keputusan drastik lagi berinovatif untuk tidur di rumah kawan.. jarak lebih kurang 3 kilometer dari rumah aku.. tapi disebabkan dalam keadaan mengantuk, aku bawak motor dengan kelajuan purata 40km/j..  jadi perjalanan terasa agak jauh sedikit... ye ke jauh?


***


Apabila aku bangun pagi.. basuh muka berserta dengan niat untuk menyegarkan tubuh.. amacam? cara tak aku?


Jalan kaki menuju ke lift...
tinggg!!!! pintu lift terbuka.. kelihatan sepasang kekasih sedang berdua-duaan dalam lift.. dua-dua terdiam melihat aku.. banyak persoalan bermain di minda... "aku ni kelihatan seperti Farid Kamil kah?" zzz...


berbaju kemeja kolar putih... seluar slack kain sedap.. berkasut kulit hitam.. berjaket biru gelap hak milik Jabatan Agama Islam Wilayah...


oh.. patut la...

Menuju ke motorsikal sambil ketawa kecil... dan hampir dilanggar kereta kerana keluar simpang dengan perasaan riak.. ciss...

mereka..

Teringat saat aku berumur 10 tahun, pulang rumah dengan tangan berdarah akibat jatuh dikejar anjing..

"apo kono tangan kau ni??" ... dia bertanya dengan nada serius ...



"takdo apo, jatuh sikit yo.. kono kojar anjing tadi.."  ... aku berbicara sambil menahan sakit...

"bang! cucu kito kono kojar anjing!" ... dia berteriak memanggil Tok Abah ...




5 minit kemudian...

boooommmm!!!! (bunyi tembakan senapang patah) ..

"kau kojar cucu den yo.. raso kau..."   Tok Abah berteriak dengan kuat..

Anjing yang mengejar aku kelihatan rebah dengan kesan tembakan di badannya.. Ketika itu Tok Abah la hero aku..

***

Tok Abah... hero aku sampai bila-bila... seorang guru silat yang disegani.. ada sesetengah orang kampung memanggil Tok Abah dengan nama panggilan Pak Hitam Rimau.. Bila aku tanya Tok Abah.. dia senyum je.. kadang-kadang stress jugak bila pertanyaan kita tak dilayan...Macam mana la diorang boleh panggil Tok Abah dengan gelaran garang macam tu.. sedangkan Tok Abah ni jenis yang penyabar sangat... Aku tak pernah dengar dia tinggi suara pun...Tok Wan sendiri kata Tok Abah memang penyabar dari dia muda lagi sebab tu Tok Wan syok kat dia...

Tok Wan... penyelamat nyawa aku... seorang bidan kampung yang dikenali ramai.. jugak merupakan tukang urut... banyak kali dah jatuh terseliuh ke.. patah ke.. dia la yang ubatkan... aku kagum dengan Tok Wan sebab dia hafal jenis-jenis daun hutan... dan dia tau kegunaan daun-daun tu.. dah macam kamus National Geographic..

***

Dua insan serba sederhana dengan kehidupan yang tidak terlalu mewah dan tidak terlalu susah.. Aku bahagia tinggal dengan diorang walaupun sekarang aku dah duduk dengan ayah dan mama..

buat Tok Abah... saya sayang Tok Abah.. harini saya balik kampung... Kita sama2 jenguk Tok Wan kat hospital..

buat Tok Wan... tunggu saya tau kat hospital.. saya nak balik kampung dah ni... nanti saya datang tengok Tok Wan ye..

p/s : Tok Wan dimasukkan ke hospital semalam.. mungkin faktor usia menyebabkannya jadi begitu.. jadi harini aku akan balik kampung... tak tau lagi bila balik KL...  oh ye.. teringat plak masa haritu.. belum puas beraya dengan diorang.. cerita pasal raya haritu?? Klik sini..

Saturday, September 10, 2011

Feel

Dah seminggu aku demam.. tekak pun macam tak berapa berselera je.. kalau makan kat KLCC ni.. mesti awek sana cakap aku diet..


Tekak aku sakit.. minum rasa pahit.. makan rasa pahit.. tengok orang pakai helmet takde visor pun aku rasa pahit..


Akhirnya buat keputusan nak pegi klinik.. tu dia.. sikit punya segak.. kemeja kolar putih dipadankan dengan seluar slack kain sedap jenis menteri-menteri punya.. kasut siap kiwi.. spek mata kaler gelap menunjukkan sifat matang..


Sampai klinik.. doktor cek aku.. aku senyum.. sebagai tanda aku seorang yang sedang berpuasa enam..


***


Balik rumah..


"Fuck la !!"
"Ape kes ubat antibiotik besar kepala ikan keli??"


..
..


Sambung tido tanpa mengganti pakaian.. menunjukkan aku ni seorang yang sibuk memikirkan hal-hal dunia..


p/s : feel menjadi-jadi bila nurse cun beri senyuman..

Thursday, September 8, 2011

Sudah

Raya tahun ni kurang meriah..
Mungkin sebab aku takde mood nak sambut raya kot..

Tapi.. pagi raya dress up tetap gempak..
Sama macam tahun lepas.. Baju melayu kaler gelap... seluar slack kain sedap... songkok 4 inci tinggi.. kain selendang hijau sangkut kat bahu kanan sebagai trademark family.. bila berjalan dengan family... fuhhh... dia punya angkuh tahap dewa... gampang...

***

Tapi lepas raya ni la tuhan nak bagi ujian..
Hati resah... gelisah... sentiasa dibelenggu rasa tak selesa...
Aku sayangkan dia... tapi aku tak mampu membahagiakan dia...
Aku bukan seperti yang lain.. jenis yang memperhambakan diri untuk wanita... aku bukan..

Aku hidup dengan kebebasan..
Ye aku mungkin liar...
Segalanya aku simpan sendiri...
Kau selalu melihatku tersenyum...
Tapi... adakah kau tahu isi hatiku?

Aku tak meminta belas kasihan sesiapa..
kerana aku adalah aku...
Aku tidak hidup dengan pujian..
Dan aku takkan mati dengan penghinaan..

Kepada insan yang memanggil aku abang...
Aku tak layak memimpin..
Cari la orang yang lebih layak...
Aku takut aku akan membawa kau ke haluan yang salah..

ZzZzZz... Aku perlu berehat untuk seketika... Jumpa lagi nanti..

Saturday, August 20, 2011

Cuti Raya

Selangkah menuju Syawal..


***


Aku dah start bercuti raya.. harini jugak aku balik kampung.. mulai besok aku akan mula melayan karenah birokrasi jiran, mengimbau kenangan berpuasa bersama keluarga pada tahun-tahun yang sudah..tapi jangan risau.. raya ketiga korang akan nampak muka aku kat KL.. planning cuti raya sampai raya kedua je.. gampang..


Nak balik kampung harini.. dress up kena islamic sikit.. baru nampak macam ada agama.. dari KL dah pasang niat.. sampai kampung je ni kang terus capai tangan ayah cium sampai lebam.. baru ada harapan nak dapat duit raya tahun ni.. ok... jahat bunyinya... tapi... sape tak nak duit raya beb!




***


Untuk adik-adik.. raya tahun ni peruntukan abang potong sorang sikit sebab nak cover rancangan malaysia ke sebelas (RMK11) ... bantu kerajaan sikit.. dan bantu abang kau ni nak bayar duit sewa rumah dan bil-bil merepek..


***


Untuk tok abah dengan tok wan.. sebagai cucu yang dinamik.. aku dah beli baju sepasang sorang.. jangan berebut ok? (macam cilake.. bajet atok & nenek macam budak-budak) .. aku rindu tok abah dengan tok wan.. kalau jumpa memang aku peluk dua-dua sampai lepas sembahyang raya.. baru diorang tau erti penyesalan.. nak sangat aku jadi cucu kesayangan ye..
hambik ko...


***


Untuk bapak sedara dan mak sedara yang tahun lepas tak sempat beraya.. jaga baik... tahun ni semua aku jumpa.. tuntut duit raya untuk dua tahun punya.. HaHaHaHaHa.....




p/s : yang paling best tahun ni raya dengan dia... ala..... dia...... tak tau? tak payah tau la....

Saturday, August 13, 2011

Ulang Tahun

13 Ogos adalah tarikh yang membawa perubahan dalam hidup aku.. sebab apa?
...
Sebab pada 13 Ogos la aku dilahirkan...
...
Sempena besday aku ni, aku nak ucapkan thanks mama, thanks ayah, thanks pak long, thanks mak long, thanks mak ngah, thanks busu dollah, thanks busu zizah, thanks mak cik mona, thanks uncle izan dan thanks kepada semua sedara mara yang sanggup berkorban kredit hantas sms semata-mata nak wish kat aku "Hepi Besday".
...
Thanks jugak untuk kawan-kawan yang sedia berkorban air liur ucap hepi bezday kat aku.. terima kasih juga untuk Ariz ... ada entry pasal dia dulu kalau korang ingat la.. tak ingat klik je la..


***








Dah tu tak payah la khayal sangat tengok gambar tu.. Ben10 je kan...
..

p/s : Ye aku minat Ben10.. puas hati??

Thursday, August 11, 2011

entah

'
Aku tak tau nak tulis apa untuk entry kali ni.. cuma.. tengah belek2 pesbuk.. aku terjumpa gambar ni..
rasanya ada tak mat rempit lalu depan "iklan" ni???


p/s : bubu... abang masih rindukan kau.. kau kumbang badak paling baik dan paling jinak pada abang.. biarlah masa menetukan segalanya :)

Sunday, August 7, 2011

Ikan keli

Mesti korang pelik dan hairan kenapa banyak entry aku mesti ada sebut "ikan keli"..

Fakta ikan keli :

a) Ikan keli adalah haiwan yang menakjubkan pada aku.. ko ingat senang nak jadi ikan keli.. berendam dalam lumpur yang tak nampak apa-apa... dengan misai yang tak pernah bercukur.. rimas...  aku tau kitaran hidup diorang sebab aku ada kawan sorang.. kitorang panggil dia..... keli..

b) Ikan keli merupakan haiwan liar yang dilindungi.. sebab apa liar? kita biasa tengok orang latih anjing atau kucing untuk bermain... korang pernah tengok orang latih ikan keli tangkap frisbee atau datang bila dipanggil?? Gila..

c) Ikan keli adalah hidangan istimewa.. korang cuba bayangkan ikan keli goreng berlada... dan disebelahnya ada sepinggan nasi panas.. tak ke nampak macam lauk raja England tu?

d) Ikan keli buat tangkal.. kita biasa dengar ikan puyu ni boleh lawan sihir sebab tu ramai orang tua bela ikan puyu.. tapi tak ramai tau rahsia ikan keli... aku pun tak tau.. jadi yang nombor 4 ni kira cancel..

p/s : cuba cari sorang kawan dan gelarkan dia "keli" ... tiap2 kali dia datang bayangkan ko sedang berbual dengan ikan keli.. besoknya korang akan ketawa macam orang gila kat opis bila ko teringat balik..

Friday, July 22, 2011

Ikan

Semalam aku menghabiskan masa dengan melepak dengan kawan-kawan.. 
Tiba-tiba kami termasuk cerita bab memancing dan akhirnya melibatkan tentang maruah ikan keli...

****

Sengat ikan keli bukan kat ekor ye adik-adik... dan ikan keli tak melibaskan ekornya seperti buaya.. tak sangka masih ada insan yang kurang pengetahuan tentang ikan.. kepada pihak kerajaan tolong buat sesuatu.. buatlah kelas "mengenal spesis ikan" kat sekolah atau kempen "sayangi ikan kita"...

p/s : wan ajak pergi mancing kat tasik biru.. kat tasik biru tu ada ikan nemo tak?

Monday, July 18, 2011

Friday

Tuutttttt... tuttttt.... (henpon berdering)

"Hello, Assalamualaikum..." Jawabku dengan manja..

"Waalaikumsalam, Bagak.. ni aku ni..." katanya...

"Siapa ni?  Paris Hilton ke Avril Lavigne??".. Tanyaku dengan nada serius..

"Aris la...."

"ooooh...... apsal?" (nada hampa)

"tak... aku nak tanya ni... kau dah bagi Friday makan??"  (dia bertanya dengan nada ceria)

"Sial.... "    (satu perkataan merungkai segalanya.. aku jawab dengan serius)

Tuutttt... Tuuutttt...... (talian dimatikan)


p/s :  Friday tu ikan puyu member aku... tuan dia balik kelantan.. aku yang jaga dia sekarang...

Thursday, July 14, 2011

Keruk

Harini baru 14 haribulan.. Masing-masing dahi berkerut.. Keruk kepala sampai melecet..

***

Masa dapat gaji belanja sakan... Shopping macam Justin Bieber masing-masing..
Kini dipertengahan bulan... ternganga mulut.. nak keluar singgit pun mata berkaca je...

Masa ni baru nak ingat kampung halaman.. baru nak ingat zaman kanak-kanak..




Bila malam menjelma.. duduk tepi tingkap... pandang arah KLCC.. air mata berlinang je...
Baru kau tau erti dunia..

Sunyi?

Aku sekarang ni dah tak sunyi lagi..
Bukan sebab aku ada binatang peliharaan baru..

dan...

aku nak tegaskan di sini...

AKU TAK BELA BELUT !!

dan...

WAHAB CENDOL BUKAN PAK CIK AKU !!
KULIT PUN LAIN WARNA LA !!

Aku tak sunyi sebab aku ada dia.. cukup sekadar aku tahu.. dia tahu.. Allah tahu... 

Selamat Tinggal Sayang

"Adik buat muka comel.." - Jea

Dah lama aku perhatikan.. kat facebook adik-beradik aku semua ada gambar kucing kesayangan kitorang.. aku pun dapat tau yang kucing ni mati sebab termakan racun.. "adik... kenapa ko makan racun... kalau nak kfc cakap.. abang belikan..".. dulu aku menyirap gila dengan kucing ni.. menggedik lebih.. tapi kadang-kadang tu comel jugak.. tengok dia punya gedik tu boleh hilangkan panas hati aku.. mungkin sebab tu kucing ni binatang kesayangan nabi agaknya..








                               Nama penuh : Mohamad Adik Zulkifli Sukarno bin Nurul Najeerah. 
                                        
                                         Tarikh lahir : Dirahsiakan.

                                         Hobi : Lepak kat pangkin sambil membaca MASTIKA.
 
                                         Kenangan manis : Berjaya memikat kucing lain walaupun sama jantina.
                                  
                                         Kenangan pahit : Badan bertompok-tompok akibat ditetak samurai oleh gangster  
                                                                    kawasan lain.
                                  
                                         Prestasi : Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Surau, Taman Bemban Jaya..
                                                       
Pernah berkhidmat sebagai juruacara Anugerah Juara Lagu tahun 2010.



***

Jangan sedih k.. Lepas ni kena jaga kucing elok-elok.

Lepas ni aku nak bela kucing betina.. kasi dia dress up lawa sikit.. stok kalau kucing lain pandang boleh rasa berdosa.

Wednesday, June 29, 2011

Tergendala

Semalam...

Akak : "ah, siap jugak kerja aku... Save dulu.. besok print.. fuhh.. dahsyat bunyinya... 
            Sekarang ni aku boleh balik dengan gembira sambil senyum pada pak guard."

Aku   : "dah la kak. pegi balik.. abang dah tunggu tu... malam ni jangan disia-siakan.." Aku
            berkata dengan nada sinis..

Harini...
Aku   : "apsal ni kak? mata berkaca je..." .. aku bertanya dengan nada kak mah yang
            busy body..

Akak : "dokumen aku hilang... semalam aku dah save dah kan.. ko pun ada 
             semalam kan... adooii..."

Aku   : "ni kalau nak buat balik pun makan masa 5 ke 6 jam ni....."..  aku berbisik panjang
             dalam hati.
            
           "takpe la kak, saya doakan akak berjaya siapkan sebelum matahari terbenam.."
              ..aku mengeluarkan kata-kata semangat bercampur sindiran..

Aku menadah tangan sambil berdoa yang akak lebih khusyuk dan tidak lupa print dokumen sebelum balik... tu la.. banyak makan maggi jadi bingai...

Akak  : "bertuah punya budak.."


***

p/s : lain kali ingat ye... benda penting siapkan dulu sebelum kita berseronok.. apa pun tak boleh. apa pun tak boleh...

Tuesday, June 28, 2011

politik ke politeknik?

Harini mood aku baik, minda pun cerdas. Jadi aku planning nak makan yang special sikit, kalau boleh yang dah 3 tahun setengah aku tak makan.

***
Sampai di kedai makan.

"makan apa dik?" . Aku ditanyakan soalan rutin.


"bagi saya makanan ye kak". Sambil tu tarik anak mata ke tepi secara perlahan, bagi dia terasa sikit.

Kemudian akak kedai makan tu dengan sengaja menebalkan bibir dia untuk membuat aku rasa bersalah.



"okay la, saya order betul-betul. Apa yang special kat sini? Apa yang ada?". Aku bertanya dengan nada yang agak riak kerana berada dalam keadaan lapar.

"Semua ada, semua special, masakan utara, timur, barat semua ada". Dia menjawab dengan riak sambil mempromosi minyak urut keluaran terbaru kedai makan beliau.

"Kalau macam tu saya nak laksa!" . Aku meninggikan kedudukan suara dan kening sebagai tanda aku serius.

***

"Maaf dik, makan semua dah habis, tinggal air je."

Aku rasa dianiaya, aku bingkas bangun ke kedai lain namun sempat aku tinggalkan ucapan salam dan lambaian mesra pada yang jaga kaunter... cun tu beb...

Buat akak tuan punya kedai makan, sabar la kak, saya akan kembali menuntut cinta saya di kaunter itu. Pada saat itu akak akan memanggil saya dengan gelaran.. ADIK IPAR....





p/s : Lain kali jangan bagi harapan kat orang lain, terutamanya orang yang kelaparan. Rasa teraniaya tu...

Monday, June 27, 2011

Rawang

Semalam pergi Rawang. Niat baik hantar member balik rumah dia. Sepanjang jalan tu bawak kereta sambil mencarut.


"Kurang ajar betul orang Rawang ni! Kalau tak tau jalan tu berhenti la kat tepi! apa jadah duduk line tengah bawak macam siput!", mengherdik sambil mengangkat kening untuk menunjukkan yang aku serius.

Setelah menghantar beliau pulang ke rumahnya, aku menyambung perjalanan pulang ke Sri Rampai.
15 minit kemudian......

"Mana punya jalan ni?? Ini jalan nak pergi Tanjung Malim!!"

Bawak slow sambil pikir jalan mana nak lalu. Bila ada kereta potong, cuma mampu untuk tunduk tersipu-sipu. Bila kena hon, angkat tangan buat-buat macam kenal.


p/s : Untuk kamu, kemana saja sanggup redah, walau sesat sehingga ke hujung dunia sekalipun.. ayat power tak? apa pun tak boleh! apa pun tak boleh!

Wednesday, June 22, 2011

Rehat

Bila dah kebulur, jumpa nasi dengan sambal kering pun boleh menangis. Tu la pasal, orang bagi lu time rehat tengahari suruh lu pergi makan bukan online. Bila dah kebulur datang kat aku buat muka sweet.


"weiiii, pijak kepala pecah tau." (bak kata member aku).

Perangai macam mentadak mentadu.


p/s : Sayang dah makan ke belum? Abang suap nak? eiiiii, gatal! ape pun tak boleh! ape pun tak boleh!

Tuesday, June 7, 2011

Mantap

Aku dah mula menulis blog semula...
Dah lama bercuti...
Bukan sebab aku dah tak pandai guna pc atau buta IT...
Sebab aku mencari ilmu untuk menulis blog..
Supaya bahan kat blog ni lebih mantap...

p/s : aku kena banyak intip perbualan makcik-makcik depan rumah untuk cari bahan yang menarik... harap-harap diorang nak bagi kerjasama....

Saturday, April 2, 2011

Diam

Kepada yang membaca blog ini tak kira la apa status anda semua.. bujang, dah kahwin, mak cik atau peniaga roti canai 24 jam... tak kisah la....

Yang penting saya nak bagitau saya akan berehat untuk seketika kerana ada banyak perkara lain yang hendak saya lakukan... saya akan kembali update blog ini setelah semuanya selesai...

Jangan give up.. boleh baca blog lain dulu ... okay.....

p/s : baca la blog lain buat sementara waktu...^^

Friday, April 1, 2011

April

Tengahari aku dikejutkan oleh perangai 3 ke 4 orang awek yang tersenyum riang....

Awek 1         : Eh, kat situ ada lipas lah!

Awek 2         : Mana? Mana?
(sambil membuat muka cuak seperti dikejar serigala)

Awek 1         : April fool!

Awek 2         : Macibai!! Oh ye... terkena aku sial...

Awek 3 & 4 :
Tertawa riang menunjukkan gigi....

***

Aku tak pasti gejala apa yang menimpa mereka.... mungkin ini adalah punca kesan radiasi nuklear di Jepun...
April fool tengkorak lu... ni semua kaki layan DVD time maghrib ni....puiiiihhh....

Thursday, March 31, 2011

Tau tak?

Kau tau tak aku sayang kau?
Kompom la kau tak tau sebab kau tak pernah tanya aku....

Dan kalau kau cakap kau sayang aku pun....
Aku tak rasa pun yang kau ikhlas....

Sebab daripada cara kau cakap dengan aku pun aku tau.....
Kau memang tak ikhlas.....

Aku ni bukan la bodoh atau mempunyai tahap pemikiran seekor kambing....
Daripada riak wajah kau aku boleh tahu yang kau tak ikhlas....

Ya Allah, apa la yang tak kena dengan aku ni....
isyyyy..... payah.... payah.....

***

20 minit kemudian baru aku sedar yang aku sedang bercakap dengan sebuah motosikal Yamaha FZ150i...
Macam gampang.... nasib baik takde orang nampak.... terus masuk dalam sambil bersiul untuk mengawal keadaan...

p/s : Ni la padah dia kalau tak cukup tidur..

Monday, March 28, 2011

Cerita lama...

Tak tau la tiba-tiba je harini aku bangun tido... aku gelak sorang-sorang.... masuk toilet semata-mata untuk senyum... ok... aku tau aku melampau...

Gara-gara teringat kejadian kat Chow Kit..
dalam tempoh dua jam... sembilan orang penjual vcd haram datang kepada aku dan mengatakan dialog yang sama...

"mau beli cd ka bos?"

***

Macam cilake.. aku datang 7 orang kot... kenapa aku yang ko tuju syaiton...
Apa muka aku ni ada muka pelanggan tetap vcd haram ke?? walaupun aku kadang-kadang beli sebab lari bajet nak beli yang original...

hurrrmmm.....

cakap banyak pun tak guna kerana beberapa orang gadis yang berada disekeliling aku waktu tu memandang aku dengan pandangan sinis.... kamon la... ni semua langkah penjimatan masa depan kot... vcd pun tengok sekali lepastu campak ke mana entah... yang tinggal sarung je... hahahaha

Kod

Aku tengok gejala membuat status facebook menggunakan kod dah makin menjadi-jadi skang ni .... ada yang gunakan kod decimal characterbinary, hex language, base64......

Kebiasaannya kod-kod haram jadah ni digunakan untuk hack wifi jiran anda yang kedekut... bagi sesetengah pihak yang tak tau macam mana nak pecahkan kod-kod ni dan tukar pada perkataan mengatakan bahawa sahabat mereka telah menjadi tauke nombor ekor atau mereka sudah gila dan merepek... tanpa disedari anda telah dimaki... siap like status lagi tuh.... harammmmmm....

***

01010100 01100101 01110010 01101001 01101101 01100001 00100000 01101011 01100001 01110011 01101001 01101000 00100000 01101011 01100101 01110010 01100001 01101110 01100001 00100000 01100010 01100001 01100011 01100001 00100000 01100010 01101100 01101111 01100111 00100000 01101110 01101001 00100000 01100100 01100001 01101110 00100000 01100001 01101011 01110101 00100000 01101000 01100101 01101110 01110011 01100101 01101101 00101110 00101110 00101110

Ini adalah contoh binary code ..... ada sape-sape yang tau pecahkan dan terjemahkan kod ni.. tahniah... anda memang seorang yang bijak... tak kira la teknik apa yang anda gunakan....

p/s : maksud kod ni sebenarnya "terima kasih kerana baca blog ni dan aku hensem" ....

Panas...

Ini hari aku tak tau apa kena dengan bandar KL ni... panas semacam... kalau aku nak makan telur rebus tak payah susah-susah nak jerang air... letak je kat tempat parking kereta...

Bila cuaca panas.... bekalan air minum kat rumah habis... kalau ada pun... air panas.... wahh... cilake....
Cuaca panas.... minum air panas.... tengok anak jiran pakai jaket tebal tengahari buta.... hati jadi panas...
Berat betol ujian tuhan harini....

Yang membuatkan aku lagi panas.... Kasut kulit aku hilang..... Baju aku sidai kat luar hilang.... Hard disk 500GB aku hilang.... maklumat kerja aku hilang.... Kawan aku hilang.... dia pergi makan McDonald tak ajak aku.. cilake...

Apa semua ni???

***

Hati jadi sejuk sebab nampak awek pakai seksi lalu depan umah aku.... mungkin dia panas agaknya....

p/s : I bukan lelaki gatal okay.....

Friday, March 25, 2011

Tumbuh

"e'eh abang bagak dah tumbuh rambut...... halusss.." kanak-kanak berkata sambil mengusap kepala aku....

"adik pernah mandi sungai tak? tido dalam sungai nak?" dengan muka suci dan menunjukkan kemesraan terhadap kanak-kanak.....

Macam haram budak-budak zaman sekarang.... pasal rambut pun nak komen.... ni kompom masa kecik-kecik banyak minum air yassin.. tu le pasal hati dia terang.... mata pun terang.....

p/s : awek tak nak pulak usap rambut aku ni..... tu pasal aku panassss....

Monday, March 21, 2011

Tanggung?

Dia : Machibai........ Ikan aku mati... (kemudian mencarut tanpa menapis..)

Aku : Biarlah... dah ajal dia....(sambil buat muka alim dan pandang dengan mata redup ala ustaz..)

Dia : Ni bukan soal ajal... ni soal tanggungjawab.... (membebel bagaikan siput..)

Aku : Selama ni kau bertanggungjawab ke kat mak kau? (sambil tu tarik anak mata perlahan-lahan ke tepi..)

Dia : dah la... malas nak cakap banyak... (buat muncung labi-labi..)

Aku : betul la tu.. aku pun dah malas nak dengar ni... Assalamualaikum...

Aku pun masuk bilik sambung tido sambil dengar lagu hindustan....


p/s : belajar hargai mak bapak dulu sebelum nak hargai benda lain....^^

Wednesday, March 16, 2011

Baru...


Penampilan baru ... gaya baru ... cara baru ... semangat baru ...
yelah.... aku tau new year dah lepas ... aku punya new year ikut kalendar lain.. ko mana tau....

p/s : BOTAK (Bila Otak Terang Ada Kemajuan)...

Monday, March 14, 2011

Johor tanah tumpah darahnya orang Johor...

Aku baru je sampai di tanah yang dikenali sebagai Johor ...
Sampai je terus singgah minum kat kedai mamak lepas tu online ...
Bagaikan kura-kura yang rakus aku berjaga tanpa rasa letih ...
Kita tengok apa hasil dia besok ...

***

Hidup biar selamba ...
Berkelana memijak bumi sambil menjunjung langit ...
ye la... kalau nak junjung kereta tak larat pulak ... ape da...

***
buat sahabatku sekalian ...
besok kita pergi jalan-jalan kat Venice ...
Makan tengahari kat New York ...
Minum petang kat Bangkok ...
Makan malam kat JB sebab aku ingat nak jalan-jalan kat JB kejap ...

***

buat makcik-makcik di luar sana ...
bakal menantu anda akan berkelana keliling Johor...
kalau terserempak... jangan segan nak tegur... saya bukan macam Mawi ... saya tak mudah lupa daratan.. ye mak cik...
cuma tak bawak beras, cili, bawang dan yang lain-lain je (macam cerita Musang Berjanggut)...
yang saya bawak hanyalah hati yang tulus...
cewwahh...

Friday, February 25, 2011

merepek?

Okay... minggu ni aku banyak sangat cerita pasal haiwan... asal berborak dengan kawan je mesti ada sebut nama haiwan .. contohnya siput.. babi.. tapir bintik... ular dan gorilla ...

aku suka zaman kanak-kanak dimana ketika kita khayal dalam perbualan ... tidak ada isu lucah yang diperbincangkan ... dan ketika itu manusia bebas daripada penjajahan otak macam Justin Bieber... dan Akademi Fantasia...... hahahahahha

mungkin anda takkan faham sayang ... bahawa aku sekarang dalam proses untuk mendidik ular-ular aku supaya berjaya dari sudut akademik dan kokurikulum ....

bukan calang-calang orang boleh buat tau...

merepek??

satu kepastian...

*sayang sayang emak saya

Sunday, January 30, 2011

Memancing ...

Dah lama gila aku tak update blog ni... macam sepi je blog ni aku tengok... buat pengetahuan gadis-gadis di luar sana ...aku lama tak update blog bukan kerana aku pergi menikah atau khayal dengan cinta ... i masih single okay ....


***

Haritu aku pergi memancing kat tasik Putrajaya ... Alhamdulillah dapat hasil yang agak lumayan seperti ikan lampam ... kaloi dan termasuk juga kura-kura ... kura-kura tu sendiri yang serah diri datang melintas depan aku ... sempat jugak la aku sound beberapa mat bangla yang membuat bising dengan menggunakan bahasa urdu yang aku tak paham... diorang buat tasik putrajaya ni macam sungai belakang umah diorang kat bangladesh je... patut la ikan ni semua lari.. pening tengok mat bangla...

akhirnya.... semua menjadi hiasan dalam akuarium ... (yang pasti bukan bangla tu la)... nampak cantik je...terutamanya bila aku yang hias ... tak sangka aku ada bakat terpendam .... patut la mak aku cakap aku ni berjiwa sentimental ...

p/s : aku pilih port mancing putrajaya sebab kita boleh tengok ikan berenang sambil tengok awek jogging ... sambil menyelam minum air ... hehehehehe

Thursday, January 13, 2011

elak

harini hari yang paling lawak dalam sejarah budak-budak rumah ... masing-masing punya la nak rahsia diorang pergi mana ... sampai keluar rumah pun macam ninja ... laju je berdesup... macam bayang-bayang ...

aku pun tersampuk sama... keluar senyap-senyap ... maklum la ... aku ni mudah terpengaruh ... terutamanya benda yang melibatkan alam mistik ni ...

walaupun sebenarnya aku nak pergi makan kat KFC je pun ... hahah...
jumpa pulak mak cik kat KFC tu yang cuba bergurau dengan sahabat aku Haikal ... aku pandang sinis ... mak cik tu membalas pandangan aku sebagai tanda dia faham bahawa sudah tiba masanya untuk dia mendiamkan diri ...

aku tau korang semua tertanya-tanya kenapa tajuk post harini "elak" ... hanya yang bersama dengan aku harini faham ...

p/s : kalau faham ... bagus... kalau tak faham ... pergi blender surah yassin lepas tu minum ... kasi terang hati sikit ...

Friday, January 7, 2011

Tekak

Harini aku ada masalah sakit tekak ... mungkin aku banyak sangat menjerit kepada haiwan peliharaan aku yang sangat degil ... lagi la aku menyesal bila masing-masing buat muka kesian lepas kena marah ...

kepada sesiapa yang call aku dan terasa seolah-olah dia sedang bercakap dengan Ramli Sarip ... aku mintak maaf ... bukan niatku ...

Harap-harap besok sembuh ... sebab banyak lagi hal yang memerlukan aku untuk menengking ... salah satunya adalah apabila jiran parking kereta dia depan pagar rumah aku ... dan apabila member serumah aku mundar mandir pakai boxer ...

Malam ni terasa macam nak makan nasi lemak minang kat keramat ... kalau makan nasi minang tu .. terasa macam seolah-olah aku berada di seberang .... sebab kat situ ada ramai gadis seberang ...

ada ke tak ye kes lelaki kena culik oleh gadis seberang dan dibawa pulang ke Indonesia??

kalau ada ... bagus la ...

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru

Harini .... malam tahun baru yang berlalu dengan mudah ... planning nak celebrate dengan mas annuarul imran .. lepak umah dia... tertido pulak... amik kau... malam 9.30 malam baru bangun.. bangun-bangun je pergi celebrate new year ... kami menyambut dengan penuh kesyahduan dan penuh dengan nilai-nilai persahabatan...

tepat jam 12.00 tengah malam... "HAPPY NEW YEAR!!!" .... sambutan kami diiringi dengan lagu "Lucky" ...
 memang terasa nak maki je ... tak kena langsung lagu dengan keadaan ... kami redha...

setelah selamat menyambut... memulakan pula aktiviti yang kami panggil ... "Awek Hunting" ...

bersepah awek keluar masa malam new year ni... macam-macam style... macam-macam ragam...
termasuk ragam mamak dan nyonya di kedai mamak bestari yang berjaya menakutkan sahabat aku...

sedang asyik dan khayal medengar hilai tawa gadis yang ada di sekeliling kami... terlihat sejenis makhluk yang bertindik macam orang tak ada tuhan ... telinga... kening.. pipi... dagu.... adoi...

tu kalau kena sepuk guna bantal pun rasa macam nak terbalik dunia... lebih-lebih lagi bila ada benang tersangkut kat tindik tu kan.... dia pun minum air mesti tak pernah puas... asyik keluar kat pipi je... perrgghh... dia memang hebat !! ... aku rasa dia makan aiskrim jagung untuk bantu hilangkan rasa sakit...
(apasal aiskrim jagung la siot)

perjalanan diteruskan ke the curve .. kelihatan beberapa pemandu teksi yang minta untuk dimaki... tu kalau aku sepuk dahi dia... memang dia sentap punya dengan aku... gampang... bawa kereta macam tahi... bak kata salah seorang sahabatku yang berasal dari kelantan...

patut la abang aku cakap... malam new year lagi senang nak jumpa ayam dan lembu daripada binatang lain ...
jarang kita jumpa orang sambut new year dengan minum air yassin dan makan kurma di masjid kan??

Wednesday, December 29, 2010

bola

bila cerita pasal final malaysia vs indonesia ... aku rasa macam aku ada kat dalam filem star wars ... dan aku adalah salah satu watak dalam cerita tu manakala sahabat aku terdiri daripada obi wan kenobi... master yoda... dan termasuk juga robot yang menyerupai mesin basuh ... mana tak nya... tengok berita ke... baca surat khabar ke...mesti semua orang citer pasal laser tembak kat mata la... apa la...

pada aku kalau setakat laser beli kat pasar malam.. tak ada maknanya nak silau.... kalau suluh kat kambing pun kambing senyum je..

tapi akhirnya sang harimau berjaya mengalahkan garuda... aku bangga jadi rakyat malaysia...

apa yang lebih menyeronokkan aku sampai ke tahap kecederaan dalaman adalah ... dengar khabar kita public holiday ... so public holiday dua hari termasuk new year... hahahaha

jadi ... sebagai rakyat malaysia yang berkualiti... mungkin aku akan tido pakai baju melayu dan bersampin songket malam ni.... jangan lupa untuk pakai stokin kerana sekarang ni musim sejuk... bangun pagi syahdu je rasa... kalau tak percaya korang boleh try ... macam celaka dia punya best ....

Monday, December 27, 2010

ketibaan..

hari ni aku pergi beli tikus untuk makanan Tera dan Giga di kedai haiwan di Ampang ...
tak ada niat nak beli benda lain ..
sehingga aku terlihat seekor ular lidi yang sangat comel ..

aku tewas ...

tewas dengan ilmu pelaris bomoh yang diupah oleh tauke kedai tu ...

mata berkaca ... air mata bergenang menahan sebak apabila pulang mengenangkan wang yang telah keluar... mengalir seperti air sungai...

aku bawa ular itu pulang ke rumah ... aku digigit...

gampang... aku rasa macam nak sentap keluar tulang belakang dia ...

tapi mengenangkan tu duit aku... aku simpan niat...

ular aku dapat bapak angkat baru... ebal... ayap...

opie pula sebagai designer...

aku hanya CEO...

apa yang aku merepek..

sudah lah !!

pergi baca blog lain !!

= sekian ....................

Thursday, December 23, 2010

petang sebelum krismas...

sehari sebelum krismas ...

aku melangkah ke ruang tamu untuk menonton televisyen.. gampang... remote tv hilang...

berkaca dan bergenang air mata aku menahan sebak sebab tak dapat tengok tv...

aku melangkah ke pintu hadapan rumah untuk menikmati petang sehari sebelum krismas... sejuk.... dingin... selesa....

kelihatan 2 ekor kucing bergaduh berebut hadiah pemberian santa claus....

dan kelihatan juga santa claus sedang sibuk mencuci kereta proton persona miliknya... dan rusa salji sedang khusyuk menunggang motorsikal honda wave...

oh tidak...

rupanya orang yang selama ini aku sangka santa claus ialah pak cik mat fendi ... jiran selang beberapa buah rumah dari rumahku... dia buat aku keliru kerana bentuk badannya hampir sama dengan santa claus...

dan makhluk yang aku sangkakan rusa salji adalah sollehudin anak mak cik shima yang berniaga roti canai tidak jauh dari rumahku...

aku kecewa....

aku melangkah ke dalam bilik semula dan menggantung stokin seperti biasa... sebab stokin tu baru lepas basuh....

"untunglah kalau ada hadiah dalam stokin ni besok." bisikku sendirian...

aku keseorangan dalam bilik... ditemani lagu Fransesca Peter dan Zaiton Sameon...kadang-kadang Ibnor Reza... ditemani selimut tebal... laptop... dan speaker....

petang sebelum krismas...

kepada sahabat yang menyambut krismas... "merry christmas and happy new year"...

balik kampung..

Ayah aku ajak aku balik kampung...

aku sedang memikirkan jawapan...

kebiasaanya bila tiba di kampung... aku akan disoal dengan pelbagai persoalan... kadang-kadang.... balik kampung buat aku perasan yang aku ni Farid Kamil atau Zaiton Sameon...

contoh soalan..

"bilo kau sampai??"


"balik ngan sapo??"


"umo kau beghapo sekaghang?"


"dah kawen ko kau sekaghang??"


"bini kau mano??"


"oghang ghumah kau oghang mano??"


"ni kau balik kojap ko balik lamo nih??"


"kucing kau la yang namo Iskandar tu kan??"


***

Trauma....



balik kampung memang best... dan aku takkan pernah jemu menjawab soalan... sebab... "den sayang kampung den..."